Followers

Sunday, March 27, 2011

My Birthday Present

Hari ini, ibu saya membeli hadiah untuk saya sempena hari jadi saya --28/3/2011-- (esok). So, tidak sabarlah untuk esok.

Semalam pun kami pergi ke kedai di Mid Valley. Ibu belanja kami makan KFC. Kenyang. Lepas sudah makan, ayah dan adik saya Iman temankan saya pergi gunting rambut di kedai X-Cut. Ibu pula pergi gunting rambut di dalam carrefour, tidak pastilah apa nama kedai itu.

Orang itu pun dah potong rambut saya... Pendek jadinya. Saya nak rambut pendek supaya tidak panas bukan?
Itu cerita semalam, yang cerita hari ini pula.... Pada jam 1.00 kami semua makan di kedai........ Saya pesan nasi lemak sahajalah. Sebab dah tidak sabar hendak beli telefon baru.

Selepas sudah makan itu, apa lagi? Cari telefon sayalah! Hahaha! Tidak sabar hendak beli telefon.
Ibu saya kata beli telefon murah-murah sahaja. Sebab takut nanti telefon itu hilang lagi. So, kita beli sahajalah telefon Samsung warna merah dengan hitam. Boleh tahanlah jugak telefon ini. Ada GPRS, internet, bluetooth, kamera lagi! Saya kata macam itu sebab telefon saya yang lama itu tiada kamera.. Harga telefon Samsung itu murah sahaja, RM149.00. Hehe.

Esok tidak tahulah apa hendak buat. Hendak beli kek hari jadi ke? Haha kalau tiada kek pun tidak mengapalah. Nanti nak tengok berapa hadiah yang rakan-rakan saya bagi. Kalau tidak dapat hadiah pun tidak mengapalah sebab kita pun sudah besar. Hee, can't wait for tommorrow!

No comments:

Post a Comment